Politik

Tun Faisal bakal dipecat dari UMNO?

Khabar angin bertiup mengatakan Datuk Faisal Ismail Aziz akan dipecat daripada UMNO.

Tun Faisal yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada Tan Sri Annuar Musa sebelum ini telah membuat rayuan selepas digantung selama enam tahun keahliannya.

Keputusan mengeluarkan surat memecat beliau dikatakan dibuat selepas satu mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya berlangsung hari ini.

Hari ini juga Annuar membuat hantaran ke media sosial berhubung Perlembagaan Barisan Nasional dipercayai berkaitan kenyataan sinis Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung gesaan Annuar supaya jawatan Pengerusi Barisan Nasional diserahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri.

Gesaan itu dibuat setelah Ismail Sabri diumum bakal calon UMNO sebagai perdana menteri jika parti berkenaan menang pilihan raya akan datang.

Tengku Adnan menyarankan Annuar berdiam diri jika tidak faham bahawa Presiden UMNO adalah secara automatik menjadi Pengerusi Barisan Nasional yang kini disandang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Namun tidak dapat dipastikan apakah tuduhan dihadapi oleh Tun Faisal kali ini.

 

(Visited 982 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button