Politik

PRN Melaka: Kit Siang pertahan Anwar daripada dipersalahkan

PEMIMPIN Kanan DAP Lim Kit Siang mempertahankan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dipersalahkan berikutan kekalahan memalukan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam satu artikel, Kit Siang berkata, menyalahkan Anwar adalah satu cubaan yang tidak produktif.

“Terdapat banyak pengajaran daripada Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung Sabtu lepas. Tetapi, cubaan untuk meletakkan semua kesalahan ke atas mana-mana individu, dalam kes ini, pemimpin Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, adalah satu cubaan yang tidak produktif,” katanya.

Anwar yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan dikecam di media sosial oleh pengikut dan penyokong parti kerana bukan sahaja kalah tetapi PKR tidak langsung memenangi sebarang kerusi pada PRN Melaka yang diadakan Sabtu lalu.

Termasuk yang menggesa Anwar berundur daripada jawatan ketua pembangkang adalah Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, Lee Chin Chen yang merupakan ADUN Bilut.

“Izinkan saya menjelaskan hujah saya secara jelas terlebih dulu: Saya berharap Anwar akan melepaskan baton kepimpinan, berada di belakang kepimpinan dan membantu pengganti generasi baru mencapai tahap yang baru.

“Saya menyeru Anwar berundur sebagai ketua pembangkang supaya PH boleh memilih pengganti baru. Marilah kita meneroka hala tuju dan konsensus baru kita serta menentang konservatif agama dalam pakatan sayap kanan Melayu,.

“Sekiranya tiada harapan untuk PH reset semula, kepimpinan DAP mesti mempertimbangkan untuk keluar daripada gabungan itu dan mencari kerjasama lain bagi memastikan negara mempunyai parti pembangkang yang setia mempertahankan kepelbagaian dan politik sekularisme,” katanya di Facebook.

Kit Siang dalam blognya yang mempertahankan Anwar berkata, perlu ada perubahan gaya pemikiran politik oleh semua pemimpin politik.

Dalam tulisannya itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menafikan bahawa kemenangan BN yang dipimpin oleh UMNO telah mengembalikan semuli hegemoni politik UMNO.

“Perkara ini tidaklah benar dan dapat dilihat daripada undi yang diraih daripada ketiga-tiga gabungan politik — di mana Barisan Nasional meraih 38.39% atau 122,741 undi, Pakatan Harapan dengan 35.65% atau 113,968 undi, dan Perikatan Nasional dengan 24.47% atau 78,220 undi.

“Penganalisa politik, Bridget Welsh, telah membongkarkan dua tafsiran PRN Melaka, pertamanya bahawa UMNO telah kembali ke era hegemoninya sebelum ini sedangkan perkara ini tidak tepat seperti yang dilihat daripada hanya 38.39% peratusan undian yang diraihnya walaupun perkara ini membawa kepada pertambahan lima kerusi, daripada 13 ke 18 kerusi;

“Dan keduanya kononnya MCA dan MIC kini berjaya kembali ke arena politik selepas memenangi dua dan satu kerusi masing-masing, sedangkan MCA kehilangan sokongan di lapangan, daripada 10 peratus ke 8 peratus undian, manakala MIC mengekalkan kadar sokongannya pada 1% berbanding dengan Pilihan Raya Umum 14,” kata Kit Siang.

Dalam PRN Melaka yang lalu BN memenagi 21 DUN dengan UMNO menguasai 18 daripadanya.

Sementara PH telah hilang 8 kerusi selepas hanya berjaya menawan 5 DUN berbanding memperoleh 13 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

DAP hilang 4 daripada 8 kerusi yang dimenangi pada PRU-14 manakala PKR tidak langsung mendapat tempat dihati pengundi Melaka.-SM

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button