Nasional

Tumpu Covid-19, bukan sibuk dengan pembangunan – Anwar

AHLI Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerajaan perlu memberi tumpuan kepada mengatasi pandemik Covid-19 dan bukan sibuk untuk melaksanakan pembangunan.

Anwar berkata, belanjawan perlu ditumpukan kepada perkara yang membantu rakyat yang tertekan kerana kehilangan pekerjaan dan dibelenggu penularan wabak.

Menurut Anwar, kerajaan perlu mengkaji semula projek pembangunan mega termasuk pembinaan Pan Borneo, yang boleh diteruskan tetapi skala dikecilkan dan lebihan wang berkenaan digunakan untuk membantu rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau juga menekankan kepada tadbir urus yang baik dan mengelekkan ketirisan serta membanteras tindakan bobrok.

Anwar juga menegur kaedah sekatan yang membuta tuli dalam mengekang wabak, sehingga sektor ekonomi terbantut.

“Sementara kawal kesihatan, pantau dan beri kelulusan supaya kegiatan ekonomi diteruskan,” katanya membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Mengenai moratorium, Anwar mahu menteri kewangan supaya mempunyai rasa ihsan kepada para peminjam bank.

Katanya, 17.6 peratus daripada peminjam ialah golongan B40, jika ditangguhkan ia tidak akan merugikan bank, dan cuma bank juga mengenakan penalti bayaran lambat.

Menurut Anwar, sektor bank mencatat keuntungan sekitar RM30 bilion pada 2020, jadi jika moratorium dilaksanakan ia tidak menjadi bebanan kepada sektor itu.

Selain B40, kata Anwar, M40 juga kini berada dalam keadaan tertekan dari segi kewangan kerana kehilangan pekerjaan dan sebagainya.

“Saya juga cadangkan potongan sedikit faedah, jangan hanya kita menekan golongan bawahan, sedangkan bank tidak sedikit diberi tekanan, biarlah sedikit keuntungan diperolehi semasa situasi sukar ini,” katanya.

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button