Nasional

Ibu negara berjaya capai 80 peratus imuniti kelompok dewasa

IBU negara Kuala Lumpur hari ini mencatatkan kejayaan besar apabila mencapai sasaran imuniti berkelompok dengan 80 peratus penduduk dewasa telah lengkap menerima vaksin Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kejayaan itu hasil usaha kerja keras kementerian dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sejek 24 Februari lalu.

“Ia merupakan satu kejayaan yang sangat besar bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan kerjasama petugas-petugas barisan hadapan, jabatan/agensi kerajaan, badan-badan sukarelawan dan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merealisasikan kejayaan ini,” katanya.

Kadar vaksinasi Kuala Lumpur sebanyak 53,000 dos sehari dilaksanakan di 196 Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Sehingga semalam 2.568 juta populasi dewasa di Kuala Lumpur telah menerima dos pertama dan 1.545 juta lagi telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.

Annuar berkata, walaupun trend kes harian di ibu negara masih lagi menunjukkan peningkatan namun peratusan kes tertinggi yang dilaporkan semalam adalah daripada kategori 1 dan 2 iaitu 2,001 kes (96.0%) selebih 4.0% atau 78 kes adalah dalam kategori 3, 4 dan 5.

Program vaksinasi di Kuala Lumpur ini juga berjaya menurunkan bilangan kes yang dibawa masuk ke hospital dan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Pemberian vaksin pada fasa 2 kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas telah memberikan kesan penurunan kes kemasukkan ke hospital dan ICU.

“Pada masa yang sama, kemasukan pesakit Covid-19 yang berusia 40 hingga 59 tahun juga menurun dan mereka yang berusia 20 hingga 39 tahun juga turut menurun.

“Ini menunjukkan kesan vaksinasi telah berjaya menurunkan kes kemasukkan ke hospital dan juga pengunaan katil-katil di ICU seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan pada 13 Ogos,” katanya.

Tambah beliau, Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah turut menjadi salah satu penyumbang utama kepada pencapaian 80% imuniti kelompok dewasa.

Melalui program tersebut suntikan vaksin kepada penduduk di PPR dan Perumahan Awam DBKL, kampung kampung tradisi, gelandangan, peniaga pasar-pasar awam serta pekerja tapak binaan dan kawasan industri dilakukan dengan mudah tanpa mereka perlu keluar daripada kawasan masing-masing.

Golongan yang berisiko tinggi tersebut mendapat keutamaan bagi membolehkan kawalan penularan wabak Covid-19 dalam kalangan komuniti dan mengekang penularan di tempat kerja.

Sejak pelaksanaanya pada 7 Jun sehingga hari ini, Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah telah berjaya memberikan suntikan vaksin kepada 279,376 warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Annuar bekata, Kuala Lumpur kini boleh membuat persiapan untuk beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara supaya kegiatan ekonomi boleh kembali beroperasi seperti sedia kala secara berperingkat.

Ia juga selaras dengan lebih daripada 40 peratus penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima dos lengkap vaksin Covid-19.

“Kejayaaan ini jelas membuktikan kesedaran rakyat terhadap kepentingan imunisasi dalam mengutamakan keselamatan semua pihak terutamanya golongan B40 dan kumpulan rentan.

“Kejayaan ini seterusnya disusuli dengan pelaksanaan Program Pemulihan Wilayah Persekutuan bagi membolehkan Wilayah Persekutuan kembali rancak sebagai pusat kegiatan ekonomi, sosial dan kebudayaan menjelang Hari Kemerdekaan negara,” jelas Annuar.-SM

 

 

 

 

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button