Hiburan

Shuib mohon maaf, babak dilakonkan undang kontroversi

RAMAI yang teruja apabila rancangan Sepahtu Reunion bersiaran kembali selepas ditunda kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Namun, satu daripada episod yang yang disiarkan bagaimanapun telah mengundang kontroversi selepas dikatakan mempunyai unsur lucah.

Tidak mahu perkara tersebut berpanjangan, Shuib yang melakukan babak berkenaan hari ini tampil dengan permohonan maaf secara terbuka.

“Pada minggu lepas Sepahtu Reunion pada hari Khamis ada satu babak tu saya buat memarut kelapa.

“Jadi babak tu dah jadi kontroversi pula. Di sini saya dengan rendah diri memohon maaf kepada mereka yang terasa hati, babak itu tidak patut dilakukan,” katanya.

Sebelum ini, babak berkenaan telah mendapat kritikan ramai apabila ia seperti aksi lucah dan tidak bersesuaian ditonton oleh orang ramai.

Dalam pada itu, Shuib menjelaskan ketika melakukan babak itu, dia langsung tidak memberi sebarang maksud.

“Saya hanya nak buat orang ketawa sahaja. Tiada niat apa-apa. Kalau video tu ada yang terasa hati, saya minta maaf banyak-banyak,” ujarnya. -SM

(Visited 691 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button