Nasional

Tular Main Live TikTok, ASP Ini Akhirnya Ditukar Ke SUKSIS UiTM Johor

Tindakan seorang pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang bermain live di TikTok ketika serbuan di sebuah pusat hiburan mengundang padah apabila dia disiasat Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS).

Memetik laporan media, pegawai tersebut kini bertugas sebagai ASP Operasi Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

@suaramerdekamy

Untunglah adik-adik Suksis UiTM Johor, dapat akak ASP yang sporting!

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

Disebabkan peristiwa itu, dia ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Johor menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Suksis Universiti Teknologi Mara UiTM (Induk).

Arahan pertukaran itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi pemberita dan difahamkan pegawai ini akan melapor diri pada hujung Mei bulan depan.


(Visited 485 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button