Politik

Warisan akan bariskan calon muda dan berpangalaman – Shafie

PARTI Warisan Sabah akan membariskan kombinasi calon muda dan yang berpengalaman pada pilihan negeri hujung bulan ini.

menyaksikan gabungan calon muda dan lebih senior dalam pilihan raya akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, lebih daripada 50 peratus calon mereka pada pilihan raya umum lalu adalah golongan muda.

“Jadi walaupun kita menambah beberapa, tentu jumlahnya tetap tinggi,” katanya selepas penyerahan geran tanah dan perasmian kompleks sukan di Kota Marudu hari ini.

Beliau berkata, parti itu juga mesti merangkumi pemimpin yang berpengalaman dan lebih senior agar wujud keseimbangan.

Sebelum itu Shafie berkata, mempunyai konsep ketuanan adalah sesuatu yang tidak sihat dan boleh memecahbelahkan sebuah negara.

Katanya, walaupun kaum bumiputera mempunyai hak khas mereka sendiri di negara ini di mana Islam adalah agama rasmi, seharusnya tidak ada rasa ketuanan pada siapa pun, tanpa mengira bangsa, agama dan sesiapa sahaja. – SM

 

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button