Nasional

PM lancar buku “Ismail Sabri Yaakob: Teraju Keselamatan Depani Ancaman Covid-19”

PEPATAH Melayu berkata, tak kenal maka tak cinta. Mengenali insan bernama Ismail Sabri Yaakob daripada perspektif penulis, Datuk Ruhaidini Abd Kadir menerusi buku bertajuk Ismail Sabri Yaakob: Teraju Keselamatan Depani Ancaman Covid-19 seolah-olah sudah mengenali Perdana Menteri Malaysia ke-9 ini dengan lebih dekat.

Ketika coffee table book itu dikalamkan, Ruhaidini adalah Setiausaha Akhbar kepada Ismail Sabri yang pada ketika itu adalah Menteri Kanan Pertahanan.

Hari ini melakar sejarah tersendiri apabila coffee table book  Ismail Sabri Yaakob: Teraju Keselamatan Depani Ancaman Covid-19 disempurnakan pelancarannya oleh Perdana Menteri Ismail Sabri.

Ismail Sabri adalah seorang figura politik yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan yang mana Ahli Parlimen Bera ini pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai Menteri.

Anak jati Temerloh, Pahang ini sebenarnya pernah berada dalam Jemaah Kabinet pada tahun 2008 dengan memegang potfolio Menteri Belia dan Sukan.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

Dalam gelanggang politik, Ismail Sabri adalah Naib Presiden UMNO dan bukan insan kaleng-kaleng, Ismail Sabri adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) yang memulakan kariernya sebagai peguam pada tahun 1985.

Berjasa kepada rakyat negeri Pahang, Ismail Sabri pernah dilantik sebagai Pengarah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan sebagai Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

Selebihnya tentang Ismail Sabri Yaakob tercatat dalam buku Ismail Sabri Yaakob: Teraju Keselamatan Depani Ancaman Covid-19.

Sisipan gambar-gambar menarik dan bersejarah ada di dalam buku tersebut dari lensa Foto Pejabat Menteri Kanan Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri, UKS MinDef. – SM

(Visited 407 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button