Jenayah

Tukang cuci maut dua motosikal bertembung

Wartawan Suara Merdeka

ALOR GAJAH, MELAKA 19 April – Seorang tukang cuci yang juga orang kurang upaya (OKU) maut apabila
motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi penunggang motosikal lain
di Jalan Kuil Pengkalan dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 malam, mangsa yang dikenali sebagai K. Mahendran, 40, bertembung
secara berdepan dengan penunggang lain yang sekadar mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan itu membabitkan dua buah
motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Pengkalan manakala sebuah
lagi motosikal ditunggang lelaki dikenali sebagai Mohd. Akmal Razali berusia 34 tahun dari arah
bertentangan.

Katanya, hasil siasatan dilakukan kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa
memasuki laluan bertentangan, mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu bertembung secara berdepan.

“Pekerja pembersihan terbabit maut di tempat kejadian manakala seorang lagi penunggang iaitu pekerja
kilang dilaporkan cedera di kepala kini sedang dirawat di Zon Merah Hospital Alor Gajah,” katanya dalam
satu kenyataan hari ini.

Arshad berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik hospital sama bagi proses bedah siasat selain
kedua-dua kenderaan terbabit kemalangan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)
untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan, kami minta kerjasama saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan
mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

 

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button