Hiburan

Ibu Kandung Musa dakwa dimanipulasi oleh Noh Hujan

IBU kandung kepada anak angkat penyanyi Noh Hujan dan bekas isterinya Mizz Nina membuat tiga tuntutan baru-baru ini terhadap Noh berhubung kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tuntutan tersebut adalah menarik balik kenyataan yang dikongsikan dalam media sosial serta kekeliruan yang ditimbulkan dalam temubual dalam program Melodi.

Noh Hujan bersama anak angkatnya. Musa

Dalam temubual tersebut, Noh mendakwa Ibu kandungnya yang dikenali sebagai Athira mendakwa memberi kebenaran untuknya menjaga anak lelakinya iaitu Musa dengan rela hati.

Athira yang ditemui oleh beberapa para media mendakwa dirinya dimanipulasi oleh penyanyi kontroversi itu dari kumpulan Hujan.

“Apa yang nak dikongsikan di sini, saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan di atas kepentingan dia (Noh).

“Saya juga kecewa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan ‘Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.’

“Disebabkan itu saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya di media.
‘’Saya mahukan permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan Noh itu dianggap melanggar perjanjian yang sudah dibuat antara mereka sejak awal untuk menjaga Musa.

“Ingin dijelaskan, saya dimaklumkan mengenai Instagram Noh di mana saya rasa sangat kecewa sebab dia tunjuk muka Musa.

“Dalam kes ni apa yang buat saya kecewa apabila Noh tidak mempunyai hak sebagai penjaga sepenuhnya tetapi dia melanggar perjanjian untuk tidak berkongsi wajah Musa.

“Jadi, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap saya dan hantaran membabitkan wajah Musa dan saya juga mahukan permohonan maaf secara terbuka daripadanya.

“Sekiranya dia gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Noh atau nama sebenar Noh Salleh, 39, membuat kenyataan di program Melodi bawahan tiada unsur penculikan seperti yang didakwa malahan sudah mendapatkan kebenaran dari ibu kandung kanak-kanak itu.

Artikle Berkaitan :>

“Kau pergi mampus,” – Lafaz Noh Hujan dengan rokok di bibir dalam KLFW2022

Lagu Amoi Chantek Nyanyian Noh Hujan Kembali Trending!

Tidak lagi single, Mizz Nina sah jadi isteri Essam Muhammad

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button