NegeriRencah Hidup

“Li Cabai” jual anak pokok sayur RM1

MANA nak dapat anak pokok semurah ini? Ya, pelbagai jenis anak pokok sayuran dijual pada harga hanya RM1 dan pastinya peminat yang suka “main tanah” akan rambang mata sebab kalau boleh, semua hendak dibeli untuk dibawa balik

Ghazali Abdullah atau lebih dikenali “Li Cabai”

Harga RM1 ini kekal sejak 17 tahun lalu. Anak-anak pokok memudahkan penanamnya. Balik ke rumah,  tanam saja dalam pasu anak-anak pokok ini. Tidak perlu membuang masa untuk semai benih. Pastinya kalau rajin berbudi pada tanah akan mendapat hasilnya.

Di mana nak cari anak pokok semurah ini, pergilah ke Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, Perlis, lokasinya di bahagian tepi rumah dijadikan sebagai tapak jualan. Kalau takut sesat, sebut saja nama Li Cabai pastinya ramai yang menggenali.

Antaranya anak pokok berharga RM1 ini adalah cili padi dan besar, terung dari jenis bulat sehingga ke panjang berwarna ungu, hijau dan ungu dan juga kobis.

Cerita Li Cabai atau nama sebenar Ghazali Abdullah, 57 penglibatan awalnya dalam bidang pertanian sehingga sekarang hasil adalah bantuan dan kerjasama dengan Jabatan Pertanian. Pada mulanya beliau mengusahakan tananan kontan termasuk tanaman cabai (cili).

“Saya tanam cili selama 12 tahun dan dari pengalaman ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan kualiti dan hasil,” katanya.

Jadi tidak hairanlah jika nama Li Cabai ini sudah melekat pada sesiapa yang mengenali beliau.

Ghazali menceritakan dia mula terlibat dalam bidang semaian anak pokok ini juga dari projek
Bumi Hijau oleh Jabatan Pertanian.

Anak benih terung panjang putih hanya RM1

Semenjak itu beliau mula berminat untuk menjadikan bidang ini sebagai hasil pendapatannya.

Bagaimanapun beliau tetap menjadikan tepi rumah sebagai tapak jualan anak pokok sejak tinggal di RPA Chuping.

“Sebenar saya ada tempat khas di lokasi lain untuk menyemai anak pokok sebelum sesuai untuk dijual,” katanya.

Selain anak pokok sayuran berharga RM1, beliau juga menjual anak pokok lain seperti jambu, amra, petai dan sebagainya.

Antara anak pokok RM1 yang dijual di tepi rumah “Li Cabai” di RPA Chuping, Perlis.

Beliau juga menjual baja cecair tanaman yang dihasilkan sendiri di mana turut mendapat permintaan yang memberangsangkan.

Ghazali memberitahu setakat ini peniagaan anak pokok dihasilkan juga dibeli oleh peraih yang menjual di Nat (Pasar Sehari) dan juga Pasar Tani di Perlis dan Kedah. – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button