Luar Negara

Gorila juga perlu jalani ujian saringan Covid-19

SEEKOR gorila bernama Shango turut menjalani ujian saringan Covid-19 selepas mengalami demam ekoran kecederaan yang dialami kerana bergaduh.

Gorila berusia 31 tahun itu yang merupakan penghuni Zoo Miami telah dirawat di hospital haiwan selepas ia bergaduh dengan saudaranya bernama Barney yang berusia 26 tahun.

Gambar-gamber menunjukkan haiwan itu dibius dan terlantar atas meja rawatan ketika para pegawai perubatan mengambil contoh swab dari dalam hidungnya – dengan ujian saringan mendapati ia negatif Covid-19.

Menurut laporan  WFOR-TV  ia juga turut menjalani ujian TB dan paru-paru  di mana ujian x-ray dilakukan selain diberikan suntikan vaksin.

Ujian saringan Covid-19 dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran gorila itu dikesan mengalami demam.

Gorila dua bersaudara itu yang dilahirkan di Zoo San Francisco dipindahkan ke Zoo Miami pada Mei 1997 dan tinggal di habitat gorila.

Konfrantasi antara dua gorila jantan merupakan sesuatu yang biasa yang selalu tidak berakhir dengan kecederaan serius.

Bagaimanapun, kakitangan Zoo Miami perasan Shango sangat berhati-hati dengan tangannya ekoran pergaduhan itu dan telah dibius untuk pemeriksaan rapi.

Kesan kecederaan itu dirawat dan dicuci dan haiwan itu tidak mengalami kecederaan lain dan berada dalam keadaan baik selepas sedar dari bius.

Pegawai zoo memberitahu, kesan gigitan pada gorila tanah rendah itu agak dalam tetapi tidak meninggalkan kesan untuk jangka panjang.

Shango akan terus diletakkan di bawah pemerhatian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Sebelum seekor spesies Harimau Malaya betina bernama Nadia dipercayai menjadi haiwan pertama di Amerika Syarikat dijangkiti virus Covid-19.

Harimau berusia empat tahun dari Zoo Bronx, New York itu dikesan positif virus itu pada April.

 

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button