Hiburan

Tuduhan rogol gadis: Dai Syed kemuka saman fitnah

PENDAKWAH selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnah dirinya di laman sosial.

Menurutnya, dia telah berbincang dengan pasukan peguamnya untuk membuat tuntutan saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi berbentuk wang ringgit terhadap kerosakan imej dan reputasinya sebagai figura awam.

“Saya menuntut semua supaya pengguna akaun Twitter yang berkenaan utuk memadam segala kenyataan bersifat fitnah dengan kadar yang segera.

“Permohonan maaf secara bertulis juga perlu dilakukan untuk memperbetulkan keadaan sama seperti cara fitnah ke atas saya ditularkan sebelum ini.

“Kegagalan untuk berbuat demikian akan dianggap pelawaan bagi saya untuk memulakan tindakan saman fitnah di mahkamah terhadap mereka,” katanya.

Nama pendakwah muda ini tular di laman sosial baru-baru ini selepas didakwa merogol seorang gadis.

Pendedahan itu dilakukan oleh seorang pengguna Twitter yang turut memuatnaik tangkap layar seorang lagi gadis yang hampir menjadi mangsa apabila pendakwah itu cuba menggatal dengannya.

Terkesan dengan apa yang berlaku, Syed juga telah membuat satu laporan polis berkaitan dengan tuduhan yang dibuat terhadapnya itu.

Dalam pada itu, bapa kepada Syed pada semalam turut memuat naik status dan menyerahkan apa yang berlaku ini kepada Allah.

Malah, dalam kenyataan itu, bapanya turut memberitahu yang Syed sudah hampir dua tahun tidak membalas mesejnya.

Mengulas perkara berkenaan, Syed berkata bahawa hubungan dengan bapanya telah keruh sejak awal tahun 2016 kerana bapanya tidak setuju dengan keputusannya untuk menyertai program Dai.

“Hubungan semasa di antara ayah dan saya adalah perkara peribadi yang perlu disimpan sendiri oleh saaya.

“Cukuplah sekadar saya beritahu yang ayah telah lama meninggalkan ibu iaitu sejak 2017 dan berp9ntah ke Cairo, Mesir,” jelasnya.

Namun menurut Syed, atas rasa hormat sebagai seorang anak, dia tetap menerima nasihat ayahnya dengan hati yang terbuka. -SM

(Visited 4,563 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button