Politik

Calon BN di Pengkalan Chepa tidak habis belajar

SALAH seorang calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan, Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin didakwa mengemukakan sijil palsu kelulusan Ijazah Doktor Randus dari Indonesia.

Perbuatan itu terbongkar apabila pengguna Facebook, Liyana Marzuki berjaya mengesahkan bahawa calon tersebut bukan graduan Universitas Gadjah Muda (UGM).

Ternyata sijil tersebut adalah palsu dan pihak UGM juga turut mengesahkan bahawa Hafiezulniezam sebenarnya tidak menamatkan pengajiannya di universiti tersebut.

“Kami sahkan bahawa (Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin) bukan alumni Universiti Gadjah Mada dan nombor serta sijil diploma tersebut adalah tidak sah.

“Kami juga mengesahkan bahawa dia pernah menjadi pelajar di UGM tetapi tidak dapat menamatkan pengajiannya sehingga had masa yang ditetapkan,” kata pengurusan Universiti tersebut.

Liyana juga meminta agar Hafiezulniezam berterus terang kepada rakyat Malaysia dalam masa 24 jam.

“Sekiranya tiada kenyataan dan bukti daripada beliau dalam tempoh masa tersebut, saya akan membuat laporan polis dan peguam akan mengambil tindakan selanjutnya untuk menyaman.

“Saya selalu percaya, the power in people is greater than the people in power, bangkit anak bangsaku, jangan biarkan pemimpin sebegini menang pilihan raya dan memerintah kita,”catatnya di Facebook.

Hafiezulniezam telah pun membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan ke atasnya dan tidak layak menggunakan gelaran doktor.

“Saya tegaskan di sini dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Saya belajar di universiti Indonesia dalam bidang perubatan pada tahun 2004 sebelum menamatkan pengajian pada 2009.

“Malah saya yakin fitnah ini bertujuan memalukan saya selain membunuh karier politik dan sebagai calon BN pada PRU15 ini,”katanya dalam satu kenyataan.

Beliau percaya fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya berniat jahat supaya beliau hilang fokus dalam tempoh berkempen. – SM

(Visited 1,099 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button