Berita

Raja Puan Muda Perlis lancar Bengkel Penampilan Muslimah

KANGAR – Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khali berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran ‘Bengkel Penampilan Muslimah’ yang dianjurkan oleh HHSKN Enterprise dan Sri Ulfa Enterprise yang diadakan di Dewan Kuliyyah Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Behor Temak Kangar pagi semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengasas Sri Ulfa Enterprise Noriza Azizan dan Pengasas Zeen Bridal Rohaizan Abd Hamid.

Bengkel ini melibatkan seramai 40 orang peserta yang majoritinya adalah daripada kalangan penduduk wanita di Taman Desa Asnaf MAIPs di Kg Batu Bertangkup dan ianya menjadi sebagai pengenalan kepada golongan wanita asnaf yang meminati solekan serta ingin menceburi bidang tersebut sebagai asas perniagaan.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen turut menyaksikan demonstrasi dan tutorial tatahias solekan yang dipersembahkan oleh Jurumekap Siti Nurfarahaib Zakaria dan Suhaib Daud sebagai pengenalan solekan penjagaan kulit muka.

Turut bekerjasama menjayakan bengkel ini adalah pihak MAIPs.

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button