Nasional

Tuduh PM ingkar kuarantin, Sarawak Report perlu kemuka bukti

PORTAL Sarawak Report perlu mengemukakan bukti selepas mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar perintah kuarantin di rumahnya dengan pergi ke luar negara untuk mendapatkan rawatan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, portal itu juga perlu menamakan pesawat yang dinaiki, hospital di Singapura dan doktor seperti yang didakwa.

“Kegagalan berbuat demikian bermakna laporan yang disiarkan porta tersebut adalah berniat jahat dan memburukkan-burukkan imej Perdana Menteri.

“Amat malang apabila portal berita itu kini berubah menjadi perkakas politik bagi menjaja dan menyebarkan fitnah melalui laporan yang tidak berpaksikan kebenaran,” katanya.

Menurutnya lagi, fitnah itu merupakan satu ganggun yang tidak perlu ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik kesihatan dan cabaran ekonomi yang berlum pernah dialami sebelum ini.

Jelasnya, Muhyiddin menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu bermula 22 Mei lalu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perkara itu berikutan seorang daripada pegawai yang hadir mesyuarat pasca-kabinet dipengerusikan Muhyiddin telah disahkan positif Covid-19.

Turut dilampirkan dalam kenyataan itu ialah pengesahan beberapa pakar perubatan yang menyatakan Muhyiddin kini bebas daripada penyakit kanser dan cukup sihat untuk menjalankan tugas. – SM

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button