Nasional

TUDM bakal terima aset pertahanan baharu

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima beberapa aset baharu tidak lama lagi dalam memperkukuhkan benteng pertahanan ruang udara negara.

Panglima TUDM, Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata tender bagi pembelian ‘Maritime Patrol Aircraft’ (MPA), ‘Unmanned Aircraft Systems’ (UAS) dan ‘Ground Based Radar’ telah dikeluarkan dan kini dalam proses perolehan.

Beliau berkata selain itu kerajaan juga telah meluluskan permohonan sewaan helikopter bagi menggantikan helikopter Nuri yang ditamatkan perkhidmatan.

“Permohonan itu (sewaan helikopter) telah diluluskan, kita kini dalam proses untuk membuat sewaan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau hari ini.

Ditanya mengenai harapannya pada pembentangan Belanjawan 2021 nanti, Ackbal berharap kerajaan akan mempertimbangkan beberapa lagi pemohonan TUDM bagi memperkasakan pertahanan udara.

 

(Visited 621 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button