Hiburan

Neelofa dah dapat restu?

KEMUNCULAN pendakwah bebas PU Riz di majlis perkahwinan adik Neelofa pada Ahad lalu nampaknya sekali lagi mencetukan tanda tanya berkenaan hubungan mereka.

Apatah lagi ketika di majlis tersebut, PU Riz mengenakan baju Melayu dengan warna yang sedondon dengan keluarga pengantin.

Malah, kakak kepada Neelofa, Noor Nabila juga sempat memuat naik video pasangan itu bersembang ketika di dalam majlis tersebut.

Turut diselitkan dalam video tersebut ialah simbol hati (love) seolah-olah merestui perhubungan mereka.

Tidak mahu timbul prasangka di kalangan peminat Neelofa, PU Riz memberitahu yang kehadirannya pada majlis itu memang di atas jemputan keluarga wanita itu.

“Namun kehadiran saya hanyalah untuk membacakan doa sahaja seperti yang diminta Neelofa,” katanya seperti dilaporkan Gempak.

Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz pula diperkatakan netizen apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu.

Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja.

Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018. -SM

(Visited 411 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button