Nasional

Tuan Ibrahim terima anugerah darjah kebesaran Pahang

MENTERI Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terima anugerah Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang.

Beliau menerima anugerah membawa gelaran Datuk Seri itu dalam istiadat yang diadakan di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang, hari ini.

Tuan Ibrahim antara 56 yang menerima anugerah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-61 Sultan Pahang.

Penganugerahan itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat Tuan Ibrahim Tuan Man atas kurniaan anugerah yang membawa gelaran Dato’ Sri.

BACA > Potensi karas, buluh, koko, lada Kelantan jadi tumpuan KPPK – Suara Merdeka

Demikian ucap, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka pada tahun 1999 hingga 2004.

Turut menerima gelaran SSAP ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz.

Selain itu Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd. Jamil dan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar turut menerima.

BACA > Masalah ‘judi online’ lebih berat – Putra – Suara Merdeka

Malah, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir juga menerima anugerah sama.

Terdahulu, Suara Merdeka memetik laporan Bernama, Tengku Hassanal berkenan menyempurnakan pengurniaan darjah kebesaran.

Antara penerima, lapan adalah kekanda dan adinda baginda yang masing-masing menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSA) dan Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP).

Penerima kedua-dua darjah kebesaran itu akan membawa gelaran Datuk Seri dan Datuk Indera.

Dalam istiadat itu, baginda mengingatkan semua penerima darjah kebesaran negeri Pahang agar menjaga kemuliaan dan gelaran yang diberikan.

Titah baginda, peringatan itu juga terpakai kepada bakal penerima darjah kebesaran tersebut.

BACA > Jurgen Klopp dinamakan sebagai Pengurus Terbaik EPL – Suara Merdeka

Baginda menegaskan, setiap kurniaan di bumi Allah datang bersama tugas dan amanah yang wajib dijunjung.

“Jangan sesekali bersikap riak dan angkuh sebaliknya ambil resmi padi yang semakin berisi semakin menunduk.

“Berilah sumbangan sebaiknya kepada negeri dan rakyat beta,” nasihat baginda.

Pemangka Raja Pahang itu juga turut mengingatkan rakyat supaya mengekalkan perpaduan, nilai murni, menjaga batas dan adab.

Titah baginda, walaupun berhadapan dengan cabaran, amanah yang digalas perlulah dilaksanakan mengikut ilmu dan bukannya emosi.

Ujar baginda lagi, tanpa sikap sedemikian, kuasa dan amanah yang diberikan boleh tersasar daripada jalan yang benar.

BACA > Jaga kemuliaan dan gelaran darjah kebesaran – Tengku Hassanal – Suara Merdeka

Malah, ia juga boleh mengakibatkan hilang integriti, rasuah berleluasa, pecah amanah dan perpecahan serta pergaduhan. – SM

(Visited 1,136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button