Nasional

UiTM jalin kerjasama dengan Perkeso perkasa OKU

SHAH ALAM 11 Jan. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjalin kerjasama dengan mewujudkan kerjasama bagi memperkasakan Orang Kurang Upaya(OKU.

Kerjasama kedua pihak itu merangkumi kerjasama akademik, perundingan, penerbitan dan penyelidikan yang berkaitan dengan pengurusan hilang upaya.

Pada masa yang sama, penyediaan perkhidmatan rehabilitasi oleh Perkeso akan dilaksanakan dengan kerjasama Hospital UiTM.

“Menerusi MoU ini, program-program yang dapat memberikan persekitaran yang lebih inklusif, kondusif dan selamat kepada warga OKU UiTM untuk kembali bekerja danbelajar turut dibangunkan. Antaranya melalui Program Return to University (R2U)yang diadaptasi daripada Program RTW PERKESO secara langsung akan dapatmembantu warga UiTM yang cedera, menghidapi penyakit serta daripada golonganOKU untuk kembali bekerja atau belajar lebih awal, dalam keadaan yang sihat danpersekitaran yang selamat.
Program R2U ini adalah merupakan program pertama yang seumpamanya diwujudkan diinstitusi pengajian tinggi di Malaysia,” kata Naib Canselor UiTM Prof. Ts. Dr Roziah Mohd Janor di sini hari ini.

Kerjasama itu adalah antara gerak kerja lanjutan daripada Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya(OKU) di Institusi Pengajian Tinggi yang bertujuan untuk menjadikan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia lebih inklusif dan mesra kepada semua terutamanya golongan OKU di Malaysia.

Dr. Roziah berkata, dengan kemahiran dan maklumat daripada Perkeso sebagai sebuah organisasi yang berperanan dalam memperbaiki keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kerjasama ini dapat melebarluas ruang untuk UiTM melaksanakan lebih banyak penyelidikan dan penerbitan terutamanya yang mengkhusus kepada pengurusan hilang upaya.

Tambahnya, pembangunan warga OKU UiTM harus diberi penekanan secara keseluruhannya iaitu yang merangkumi mahasiswa OKU, staf OKU dan staf yang mempunyai tanggungan OKU.

“Dalam konteks ini, UiTM telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPOUiTM) dan sekaligus menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang meletakkan unit perkhidmatan OKU di bawah pentadbiran Pejabat Naib Canselor,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kerjasama ini bukan sahaja dapat melahirkan lebih ramai ahli masyarakat yang fahamakan konsep pengurusan hilang upaya,malah turut mempunyai kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi seperti sifat empati dan prihatin dalam menjalankan program dengan lebih efisien dan efektif.

Kerjasama ini juga dapat memberi pendedahan awal mengenai pengurusan hilang upaya di Malaysia kepada golongan mahasiswa pelapis pemimpin masa hadapan negara.

Pemeteraian MoU yang berlangsung di UiTM Shah Alamini adalah antara gerak kerja lanjutan daripada Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya(OKU) di Institusi Pengajian Tinggi yang bertujuan untuk menjadikan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia lebih inklusif dan mesra kepada semua terutamanya golongan OKU di Malaysia.

(Visited 441 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button