Rencah Hidup

Tuah sampah: SMK Tamparuli juara Toyota Eco Youth Ke-19

SHAH ALAM – Program Toyota Eco Youth (TEY) yang telah dianjurkan sejak tahun 2001 oleh UMW Toyota Motor Sdn. BHd. kini semakin popular dalam kalangan pelajar sekolah untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menjaga kepentingan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan kelestariannya pada masa depan.Dalam usaha membangunkan idea ciptaan masing-masing yang berkonsepkan kitar semula dan mesra alam sekitar, ia sekali gus mendidik anak muda di bangku sekolah menanam rasa cinta terhadap tanggungjawab mereka menjaga persekitaran yang lebih baik untuk kebaikan masyarakat.Mungkin projek pembangunan itu dianggap kecil sahaja tetapi ia pastinya menunjukkan bahawa generasi muda kini lebih kreatif mengembangkan idea masing-masing.Idea mereka yang diterapkan daripada perubahan gaya hidup dan tabiat masyarakat dalam keadaan ekonomi yang semakin moden kini, boleh direalisasikan oleh pengkaji, penyelidik daripada institusi pengajian tinggi, syarikat korporat atau pun badan kerajaan.Siapa tahu, mungkin idea dan kreativiti daripada pemenang program Toyota Eco Youth pada tahun ini iaitu, sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, Sabah dengan tajuk bertuah mereka, ‘Boleh Bah Kalau Kau’ mampu di bawa ketengah untuk dikomersialkan pada masa depan.Pelajar sekolah di bawah nasihat gurunya, Ernest Kelly Subin membawa idea mengubah bahan buangan sampah menjadi baja organik telah membolehkan mereka membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.Majlis penyampaian hadiah tersebut telah diadakan di sebuah hotel di Shah Alam dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengoperasian Dasar Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Zulkernai Fauzi dan Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.Mengulas mengenai program TEY pada tahun ini yang memasuki edisi ke 19 dengan membawa tema ‘Be the Superhero to save the world’, Ravindran berkata, perniagaan yang dijalankan oleh syarikat, tidak hanya terbatas bagi menawarkan produk yang lebih baik, selamat dan mesra alam, tetapi pihaknya melihat ia sebagai tanggungjawab sosial korporat untuk mendidik dan menanam rasa cinta golongan anak muda terhadap penjagaan alam sekitar.”Kami akan meneruskan TEY ini pada masa depan, sudah menjadi bukti kejayaannya yang berterusan telah dapat membantu mengekang isu berkaitan alam sekitar yang telah terjejas bukan sahaja pada masa sekarang tetapi juga untuk masa depan,” katanya.Sehingga kini, syarikat telah melabur kira-kira RM7 juta untuk program TEY yang telah melibatkan sebanyak 258 buah sekolah dan 2,000 pelajar.Pada edisi kali ini, sebanyak 12 buah sekolah dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian di dalam program yang telah bermula pada bulan Ogos lalu.Sekolah yang memenangi tempat kedua ialah SMK Toh Muda Abdul Aziz, Perak dengan menerima hadiah sebanyak RM7,000, tempat ketiga dimenangi Sri KDU Secondary School, Selangor (hadiah RM5,000), tempat keempat SMK Tunku Kurshiah (hadiah RM3,000) dan tempat kelima SMK Yong Peng Johor (hadiah RM2,000).Bagi kategori Video Terbaik dimenangi oleh SMK Yong Peng, Johor dan tenaga pengajar paling membantu dinobatkan kepada Ernest Kelly Subin dari SMK Tamparuli, Sabah.Sekolah lain yang turut mengambil bahagian ialah SMK Seksyen 10, Selangor; SMK Kamil, Kelantan; SMK Tun Perak, Selangor; SMK Seri Tanjong, Melaka; Global Indian International School; SMK Jalan Kebun, Selangor dan Labuan International School, Labuan. – SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button