Hiburan

Aliff Aziz enggan ceraikan isterinya, masih sayangkan Bella

PENYANYI dan pelakon kontroversi Aliff Aziz enggan menceraikan isterinya, Bella Astilla yang merupakan seorang selebriti ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Menurut laporan media, Aliff memerlukan masa untuk membuat keputusan dan akui masih sayangkan isterinya serta dua orang anak yang masih kecil.

‘’Ini bukan satu keputusan yang boleh saya fikir dalam satu hari (bercerai). Saya perlukan masa. Saya tak setuju (bercerai). Saya masih sayangkan Bella,” katanya.

Sebelum ini, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekpress pada 11 Mac lalu tetapi Juara Gegar Veganza musim ke 8 itu tidak hadir ke mahkamah pada hari sebutan pertama pada 13 Mac lalu.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3, Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lag menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondomonium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Artikle Berkaitan :>

Aliff Aziz bakal bergelar duda kali kedua

Aliff Aziz buat “come back” curang semula dengan Bella – Netizen

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button