Jenayah

Taktik gagal, seorang lelaki ditahan bawa lari emas RM6,500

TINDAKAN seorang lelaki berusia 50-an yang membawa lari dua utas gelang emas bernilai RM6,500 kecundang apabila dia ditahan seorang anggota polis trafik yang bertugas di sekitar lokasi kejadian.

Menurut laporan daripada Berita Harian, kejadian yang berlaku di kedai emas di Jalan Bazar Buluh Kubu, Kota Bharu difahamkan lelaki berkenaan berpura-pura bertanyakan barang kemas sebelum melarikan dua utas gelang emas tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pada jam 2 petang, suspek datang ke premis itu berpura-pura bertanyakan barang kemas kepada pembantu kedai kononnya untuk dibelikan kepada isterinya.

“Ketika melihat dua utas gelang emas yang bernilai RM6,500, suspek bertindak melarikannya dan wanita yang juga pembantu kedai cuba mengejar lelaki itu sambil menjerit meminta pertolongan.

“Bagaimanapun suspek berjaya ditahan seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu yang ketika itu sedang bertugas dengan dibantu orang awam,” katanya

Justeru suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – Berita Harian – SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button