Kebakaran

Punca kebakaran di Flat Sri Sabah dari pendawaian elektrik

KEBAKARAN yang berlaku di Flat Sri Sabah, Cheras pada Ahad malam lepas berpunca daripada pendawai elektrik yang memusnahkan lima unit kediaman di Tingkat 17, Blok 70.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul, siasatan awal mendapati kebakaran bermula di unit nombor tiga dan turut menafikan dakwaan orang ramai berpunca dari bunga api.

“Siasatan forensik kita mengesahkan kebakaran tersebut dipercayai disebabkan punca elektrik dan a tertumpu kepada kotak agihan (DB). Kita percaya 90 peratus a adalah punca kebakaran dan 10 peratus lagi kita sedang mengesahkan dari segi ujian teknikal bahawa itu adalah punca utama.

“Makna ia bermula di situ dan merebak ke unit-unit lain…a merebak ke unit kedua dan keenam,” katanya pada Bernama sidang media di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Cheras di sini hari ini.
Tambahnya dakwaan bahawa pili bomba tidak dapat digunakan juga adalah tidak benar, sebaliknya hose reel di bangunan tersebut tidak berfungsi.

Pihaknya akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi tujuan pemeriksaan menyeluruh di kediaman flat tersebut di bawah kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengelakkan isu berkenaan berulang.

Dalam kejadian itu, tiada sebarang kematian dilaporkan, jumlah kerugian masih dalam peringkat siasatan akan dimaklumkan.

Artikle Berkaitan :>

20 jam bomba padam kebakaran ladang kelapa sawit

Bomba cipta robot SG1 padam kebakaran

(Visited 36 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button