Nasional

Najib, SRC: Rakyat patut bersedih – Haniff

RAKYAT tidak sepatutnya bergembira meraikan keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, rakyat patut bersedih dengan situasi bagaimana seorang Perdana Menteri boleh melakukan jenayah rasuah ketika menjalankan tadbir urus negara.

Hal demikian termasuklah beberapa jenayah berkaitan kolar putih dan biru ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Sehingga melibatkan beberapa agensi termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Bagi saya dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  hari ini bahawa Najib Razak bersalah ketujuh-tujuh pertuduhan berkaitan SRC International Sdn. Bhd.

BACA > Keputusan kes SRC kemenangan besar rakyat — Suara Merdeka

“Rakyat patut merasa kecewa bagaimanakah sistem tadbir urus negara kita pada masa itu boleh membenarkan jenayah korporat, kolar putih, rasuah dan pecah amanah berlaku

“Di atas syarikat-syarikat yang berkaitan dengan GLC-GLC atau kerajaan persekutuan.

Demikian kata peguam, Haniff Khatri Abdulla dalam satu kenyataan hari ini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib Razak pagi tadi.

Hakim, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan bekas Presiden UMNO itu bersalah terhadap tujuh pertuduhan.

Pertuduhan tersebut melibatkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Keputusan tersebut dicapai selepas pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan munasabah dalam tuduhan pecah amanah.

Ia termasuklah dana RM42 juta yang dikatakan sebagai derma daripada kerajaan Arab Saudi yang disifatkan mahkmah sebagai tidak logik.

BACA > Kerusi Parlimen Pekan belum boleh diisytihar kosong — Suara Merdeka

Dalam pada itu menurut Haniff, keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi menunjukkan pembuktian terhadap jenayah tersebut dan ia adalah sah disisi undang-undang.

“Keputusan mahkamah mengesahkan melalui sistem perundangan negara bahawa Najib Razak semasa beliau menjadi Perdana Menteri melakukan jenayah melalui sistem tadbir urus negara,” ujarnya.

Malah beliau turut menjelaskan perkara ini perlu diambil perhatian semua pihak.

Tanpa mengira latar belakang politik sepatutnya mencegah perkara ini daripada berlaku.

Kesalahan yang dilakukan Najib Razak wajar dipikul semua orang termasuk rakyat Malaysia supaya tidak berlaku lagi jenayah yang sama.

Katanya, pencegahan tersebut perlu dibuat di semua peringkat penjawat awam dan swasta.

BACA > Najib bersalah 7 tuduhan — Suara Merdeka

“Ini satu perkara serius dan kita patut mengambil iktibar.

“Semua pihak yang terlibat dalam urus tadbir syarikat ini ataupun GLC, agensi dan juga kementerian sepatutnya mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

“Kita semua termasuk rakyat patut mengambil salah di atas apa yang telah berlakuKita semua termasuk rakyat patut mengambil salah di atas apa yang telah berlaku.

“Bagaimana kita boleh membenarkan seorang Perdana Menteri melakukan jenayah seperti itu pada masa itu.

“Oleh itu bagi saya yang penting adalah kita mengambil iktibar dan berusaha.

“Supaya jenayah seperti ini ataupun mana-mana jenayah lain tidak boleh dibenar dilakukan oleh sesiapa pun.

BACA > Pasukan pembelaan Najib mohon kemuka rayuan pada Isnin — Suara Merdeka

“Termasuk Perdana Menteri mahupun jemaah menteri, penjawat awam tertinggi ataupun apa-apa tahap penjawat awam dalam sistem tadbir urus negara kita ini,” tegasnya. – SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button