Bola SepakSukan

Trofi Piala Malaysia milik JDT atau KLC?

Perlawanan akhir Piala Malaysia yang menyambut ulang tahunnya ke-100 akan berlangsung 9 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil

PERLAWANAN akhir Piala Malaysia akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 9 malam ini dengan pentas final menemukan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City (KL City). Apa yang lebih istimewa lagi tahun ini merupakan sambutan ulang tahun ke-100 trofi Piala Malaysia

Segalanya berkemungkinan, sama ada Harimau Selatan atau City Boys yang akan menjulang trofi tertua Asia itu dalam 90 minit permainan atau selepas tambahan masa dan mungkin juga perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Meskipun JDT yang juga juara dua kali Piala Malaysia menjadi pilihan, namun dalam perlawanan bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan tidak mustahil bagi juara tiga kali, KL City mampu melakar kejutan.

Yang menariknya, kedua-dua pasukan itu masih belum pernah tewas sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini dan ia menjadi salah satu faktor aksi menarik bakal disajikan malam ini untuk  kita saksikan. – SM

(Visited 104 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button