Nasional

Rakyat beri KPI kepada saya – PM

‘RAKYAT memberikan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada saya’.

Itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya apakah KPI yang ingin dicapai

“Saya tak ada sesiapa beri KPI kepada saya.. tapi rakyat memberi KPI kepada saya.

“Pertama rakyat ingin melihat isu COVID-19 diselesaikan. Kedua rakyat mahu ekonomi dipulihkan supaya mereka dapat jalani kehidupan lebih baik berbanding pandemik,” kata Ismail Sabri dalam program Ekslusif Bersama Perdana Menteri malam ini.

Katanya, beliau juga mahu melihat penyatuan rakyat Malaysia hidup sebagai satu keluarga dan melupakan perbezaan.

“Agama, kaum, malah fahaman politik perlu diketepikan, supaya semua rakyat bersama-sama berganding bahu bangunkan Malaysia ini,” katanya tegas.

Ismail Sabri menjelaskan, beliau melihat perbezaan yang wujud antara rakyat Malaysia sebagai satu kelebihan dan tidak menganggapnya sebagai satu kelemahan.

Tegasnya, perbezaan yang wujud perlu diraikan dan perbezaan yang ada sepatutnya menjadi kekuatan kepada Malaysia.

“Jangan perbezaan menjadi halangan kepada kita untuk bersatu atau berpadu. Itu yang penting.

“Sebab itu konsep Keluarga Malaysia yang saya sebut dari awal lagi, bahawa, kita dengan keluarga kita, tentu keutamaan kita untuk lindungi keluarga kita, bantu keluarga kita.

“Kita tidak akan biarkan keluarga kita susah, pasti kita akan bantu. Kita mesti menjaga maruah keluarga, jangan biar dicemar sesiapa pun. Itu konsep Keluarga Malaysia,” katanya.

Keluarga Malaysia bermaksud inklusiviti dan tiada jurang perbezaan kaum.

Dasar itu dibawa dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang akam merangkumi, mencakupi semua kaum, semua etnik, bandar dan luar bandar.-SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button