Sukan

Transgender pertama dibenarkan bertanding di Olimpik

Ahli angkat berat New Zealand, Laurel Hubbard akan menjadi atlet transgender pertama dibenarkan bertanding dalam Sukan Olimpik, setelah dia dipilih untuk pasukan kebangsaan negara itu hari ini.

Dia akan bertanding dalam kategori wanita 87 kilogram, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik New Zealand yang juga mengumumkan empat anggota pasukan angkat berat yang lain.

Ini akan menjadi kali pertama Hubbard, 43 muncul di Sukan Olimpik – kemunculan semula yang luar biasa selepas kecederaan yang teruk pada tahun 2018.

“Saya bersyukur dan rendah hati dengan kebaikan dan sokongan yang diberikan kepada saya oleh begitu banyak warga New Zealand,” kata Hubbard dalam kenyataan itu.

“Ketika cedera di tangan pada Sukan Komanwel tiga tahun yang lalu, saya diberitahu bahawa karier sukan saya mungkin telah berakhir. Tetapi sokongan anda, dorongan anda membawa saya melalui kegelapan,” katanya.

Beliau dijangka bertanding pada 2 Ogos ini. Dengan kelayakan tersebut akan menjadi kemuncak kerjaya Hubbard sebagai ahli sukan angkat besi, yang dimulainya sebagai seorang lelaki dengan nama Gavin Hubbard sejak 20 tahun yang lalu.

“Saya mula angkat berat bertahun-tahun yang lalu kerana ia adalah sukan yang biasa untuk lelaki. Dan saya berfikir, jika saya melakukan sukan maskulin, mungkin saya akan menjadi seperti itu. Sayangnya, itu tidak berlaku,” katanya ketika di wawancara oleh stesyen TV mengenai cita-citanya dalam sukan tersebut.

Dia berhenti daripada sukan itu pada tahun 2001 pada usia awal 20-an nanum dia terus bekerja untuk Persekutuan Angkat Berat New Zealand dan menjalani pembedahan jantina pada tahun 2012.

Empat tahun kemudian, dia bertanding dalam acara wanita untuk pertama kalinya. Kemudian pada tahun 2017, kejayaan pertamanya muncul dengan pingat perak di Kejuaraan Dunia di Amerika Syarikat.

Pada tahun 2019, Hubbard memperoleh emas di Sukan Pasifik di Samoa – setahun setelah kecederaan siku membuatnya lama tidak beraksi. Pada awal tahun 2020 maka kemuncak sementara dengan kemenangan di Piala Dunia IWF di Rom.

Angkat berat telah menjadi tumpuan dalam perdebatan hangat mengenai atlet transgender yang bersaing dalam sukan wanita.

Puluhan negeri di Amerika Syarikat mempertimbangkan undang-undang yang akan menghalang wanita transgender untuk mengambil bahagian dalam kategori wanita, dengan beberapa yang telah melarang penglibatan goloangan itu sukan tahun ini.-SM

 

 

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button