JenayahNasional

Individu palsukan keputusan Covid-19 sebab mahu cuti?

SEBUAH klinik swasta di Rawang, Selangor mengenalpasti 20 kes pemalsuan keputusan saringan Koronavirus (Covid-19) dipalsukan pihak tidak bertanggungjawab.

Susulan itu satu laporan polis dibuat terhadap pemalsuan tersebut yang dilihat berisiko menyebabkan lonjakan kes baharu jangkitan pandemik itu.

Hal tersebut didedahkan pengasas SP Care, Dr. Sathia Prakash Nadarajan berkata mereka mengenal pasti hampir 20 kes pemalsuan keputusan Covid-19.

Menurut Dr. Sathia, beliau mula menjalankan ujian Covid-19 sejak awal April lalu, namum akhirnya menemukan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan laporannya untuk tujuan pemalsuan.

“Setiap kali, kami buat ujian Covid-19 terhadap seorang individu, keputusannya akan disalin dalam bentuk dokumen yang mempunyai maklumat individu serta nombor rujukan dari klinik kami.

“Setiap individu mempunyai mempunyai nombor rujukan berbeza.

“Namun, sejak kebelakangan ini kami mendapati terdapat pemalsuan dokumen, di mana beberapa pihak tidak bertanggungjawab memalsukan (tukar) nama individu dalam dokumen keputusan Covid-19,” katanya seperti dilapor portal Malaysiakini hari ini.

Dr. Prakash berkata kliniknya telah dua kali membuat laporan polis, iaitu pada Jun dan minggu lepas.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh mengakibatkan lonjakan kes positif baru.

“Pemalsuan keputusan Covid-19 sangat serius dan angka kes positif boleh melonjak akibat tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak.

“Kami harap, kerajaan memberi perhatian khusus terhadap isu ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai modus operandi pemalsuan keputusan Covid-19, Dr Prakash bahawa dia tidak pasti ia angkara pihak mana.

“Saya tidak pasti siapa yang memalsukan keputusan Covid-19. Setakat ini dokumen klinik kami dipalsukan melibatkan pekerja-pekerja dari syarikat subkontraktor yang berurusan dengan kerajaan atau swasta.

– Gambar MALAYSIAKINI

“Kebanyakan masa syarikat-syarikat ini diminta untuk membuat ujian kepada semua pekerja. Tetapi, syarikat itu hanya membuat ujian terhadap beberapa orang sahaja.

“Seterusnya, memalsukan dokumen asal dengan memasukkan nama pekerja yang lain yang tidak membuat ujian. Dengan ini mereka mengurangkan kos ujian Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Dr Prakash juga memberitahu bahawa kliniknya telah mencipta sistem kod QR khas untuk mengelak pemalsuan keputusan.

“Setiap ujian dibuat di klinik kami akan akan disertakan dengan kod QR khas dalam kertas keputusan.

“Pihak yang ingin memeriksa keputusan individu tersebut, hanya perlu imbas kod dan memasukkan nombor MyKad atau pasport individu yang membuat ujian serta nombor rujukan dari klinik kami untuk mengetahui keputusannya.

“Dengan adanya kod QR, keputusan itu tidak boleh dipalsukan,” tambahnya.

Berdasarkan kepada kenyataan tersebut, mungkin terdapat individu yang tidak bertanggungjawab enggan pergi bekerja.

Namun, menggunakan alasan jangkitan Covid-19 supaya dapat berada di rumah selama dua minggu tanpa menjejaskan pendapatan. – SM

(Visited 481 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button