Nasional

Tragedi jeti feri Triso: Keluarga mangsa rayu bantuan untuk pengebumian

TIDAK sampai 24 jam sebelum upacara pembakaran mayat berlangsung di Taman Peringatan Nirvana, ahli keluarga mangsa tragedi jeti feri Triso kini amat memerlukan bantuan orang ramai untuk menampung sebahagian daripada kos upacara itu.

Abang mendiang Lorna Ting, Hing Ping berkata keluarga mereka memerlukan lebih RM20,000 untuk menampung kos lebih RM60,000 bagi upacara itu.

“Kami sudah mempunyai lebih RM40,000 setakat ini. Sudah empat hari adik saya dan anak-anaknya meninggal dunia. Upacara pembakaran mayat perlu dilakukan esok,” katanya kepada Bernama hari ini.

Hing Ping berkata derma orang ramai boleh disalurkan melalui akaun Public Bank Berhad miliknya, nombor akaun 6836868234 atau berjumpa beliau secara peribadi di Rumah Mayat Sibu.

Beliau berkata ada beberapa individu telah berjanji untuk membantu setekat ini masih belum menyerahkannya.

“Kami dengan rasa rendah diri meminta orang ramai membantu kami supaya dapat meneruskan upacara itu,” katanya.

Lorna Ting, 33, serta dua anak lelakinya, Alvin, 12 dan Wallace, 7, meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya bersama enam ahli keluarga lain terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di jeti Feri Triso, Sebuyau pada Jumaat lepas.

Turut terkorban dalam tragedi itu ialah kakaknya, Siti Aishah Abdullah, 36, dan lima anaknya, Mohd Aiman ​​Mohd Hamzah, 7, Muhd ​​Mustaqin, 5, Khairunnisa, 14, Nor Shuhada, 16, dan Mohd Ahmad berumur empat bulan. Mereka dalam perjalanan ke Kuching untuk menghantar anak perempuan Siti Aishah ke sekolah madrasah. – BERNAMA

(Visited 638 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button