Hiburan

Ayda Jebat beli rumah berharga lebih setengah juta ringgit buat ibu

BIASANYA, pasangan yang bakal berkahwin akan mencari rumah sendiri untuk didiami, tetapi berbeza pula dengan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat.

Bakal berkahwin pada 1 Januari tahun hadapan, Ayda memilih untuk menghadiahkan sebuah rumah buat ibunya yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.

Rumah jenis semi-d dua tingkat itu dilihat sekarang bernilai lebih setengah juta ringgit.

Menurut Ayda, apa yang dilakukannya itu sebenarnya adalah sebahagian daripada hajatnya sebelum mendirikan rumah tangga.

“Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Saya pernah beritahu Nabil Mahir berkenaan perkara yang perlu saya capai sebelum berkahwin.

“Inilah (menghadiahkan rumah) buat mama adalah antaranya. Saya mahu buat mama bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda turut berdoa supaya semua orang dapat membahagiakan ibu bapa masing-masing dengan pelbagai cara dan bukan sekadar harta benda sahaja.

Jelasnya, ibunya sebelum ini selalu berpesan suapa dia tidak terlalu kuat bekerja dan perlu berehat.

Namun bagi Ayda, pengorbanan dan kerja keras ibunya menjaga dia dan adik beradiknya yang lain lebih tinggi nilainya.

Sebenarnya bukan Ayda sahaja yang membeli rumah buat ibu atau keluarga dan sebelum ini, ada juga beberapa selebriti tempatan yang membuat perkara sama.

Pelakon, Syafie Naswip pada 2018 pernah membelikan sebuah rumah jenis townhouse di Nilai, Negeri Sembilan buat ibunya.

Tambah menarik, rumah tersebut adalah hasil simpannya dalam dunia seni selama hampir 12 tahun ketika itu.

Paling baharu melibatkan penyanyi, Wany Hasrita yang membeli sebuah rumah dua tingkat di Semenyih, Selangor.

Rumah tersebut dibeli Wany tahun ini khusus untuknya tinggal bersama dengannya. -SM

(Visited 1,078 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button