NegeriRencah HidupTeater

Perlis “kaya” produk seni budaya boleh diketengahkan

Perlis “kaya” dengan pelbagai produk seni dan budaya yang sangat berpotensi untuk diketengahkan.

Pengarah Bahagian Pengukuhan Seni Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Suhaimi Abdul Rahmi berkata, antaranya Awang Batil, Tarian Canggung, Zapin, Hadrah, Silat Pulut, Silat Bunga dan pelbagai lagi yang menarik.

Mohd Shukri (tengah) bergambar dengan tiga pemenang ASBN Perlis di Hotel Putra Regency, malam tadi.

Sehubungan itu katanya, sewajar usaha bagi melindungi budaya dan kesenian ini supaya ia dapat dilestarikan sebagai satu warisan negara.

“Saya menyeru kepada semua agar lebih menghargai seni budaya dan usaha memelihara kesenian dan kebudayaan yang wujud di negara ini adalah tanggungjawab kita bersama supaya “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”, katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Seni Budaya Negeri (ASBN) Perlis di Hotel Putra Regency malam tadi.

Majlis perasmian dilakukan oleh Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

Hadir sama Exco Pelancongan Negeri, Wan Badariah Wan Saad.

Shuhaimi berkata, JKKN juga telah melaksanakan pelbagai program dalam mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya dalam kehidupan serta memupuk semangat perpaduan antara kaum.

“Program-program yang dilaksanakan juga sebahagian daripada medium pembangunan modal insan ke arah melahirkan masyarakat yang mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam membentuk perpaduan dan keharmonian,” katanya.

Beliau berkata, hal ini menepati visi jabatan iaitu peneraju seni budaya dalam mendukung seni untuk seni, seni untuk perpaduan dan seni budaya untuk penjanaan pendapatan kepada pemain industri ke arah pembentukan jati diri dan kesejahteraan masyarakat.

Pada majlis ini juga disampaikan anugerah ASBN Perlis di mana Yaakob Abd Aziz dinobatkan sebagai penerima Anugerah Seni Budaya Negeri Perlis.

Pengerusi Persatuan Pelukis Negeri Perlis ini menerima hadiah berupa Sijil Penghargaan, Trofi, Wang Tunai RM3,000 dan buku terbitan JKKN.

Sementara Anugerah Pendukung Seni (APS) Media 2023 disandang oleh Ahmad Muliady Ab Majid dari BERNAMA yang menerima Sijil Penghargaan, Trofi dan Wang Tunai RM1,000 dan APS NGO pula oleh Persatuan Permainan Tradisional Negeri Perlis yang menerima Sijil Penghargaan, Trofi dan Wang Tunai RM1,000. – SM

BACA Kekalkan seni budaya di Perlis – Raja Muda

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button