Ekonomi

Fipper X Soloz: sandal eksklusif keluaran gamer Faris Zakaria

SIAPA yang kaki main game dalam talian tentu kenal Faris Zakaria atau nama komersialnya, Soloz. Dia bukan sahaja hebat dalam e-sports tetapi sekarang dapat pula peluang bekerjasama dengan jenama sandal atau slipper, Flipper.

Terkini, Soloz mengeluarkan sandal eksklusif, Flipper X Soloz.

“Kerjasama ini merupakan satu usaha yang baik antara kami kerana sandal yang ditampilkan memberi keselesaan kepada si pemakai sandal,” katanya.

Menurut Soloz, sebelum ini dia pernah terfikir untuk melahirkan satu produk atau merchandise dan secara kebetulan, Flipper mencari rakan yang ingin berkerjasama dengan mereka.

“Jadi saya teruskan untuk mengeluarkan koleksi ini manakala untuk design atau rekaan pula, ia dari Fipper,” katanya sambil menambah, dari segi pemilihan warna, ia adalah citarasanya.

Fipper X Soloz menggabungkan warna yang unik dan reka bentuk yang menarik. Setiap koleksi mendapat sentuhan peribadi Soloz.

Merchandise Fipper X Soloz juga mempunyai lambang peribadi Soloz yang diabadikan dalam butang di bahagian kiri dan kanan sandal.

Koleksi ini didatangkan bersama drawstring bag dan thank you card sebagai tanda penghargaan Soloz terhadap penyokongnya.

Tagline Fipper X Soloz, My masterpiece is not only for gamers but everyone memberi gambaran jelas bahawa koleksi ini bukan hanya untuk gamers tetapi juga untuk khalayak.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah menyempurnakan majlis pelancaran Fipper X Soloz.

“Saya berharap industri e-sukan atau e-sports ini dapat menarik perhatian ramai khususnya dalam kalangan pemain dan pengamal media.

“Bagi saya, Fipper X Soloz adalah satu inisatif perniagaan yang bagus dan perlu diberikan sokongan,” katanya.

Beliau juga percaya warga belia di Malaysia mempunyai kebolehan yang diperlukan demi memajukan lagi industri e-sukan ke peringkat yang lebih tinggi.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan sandal eksklusif Flipper X Soloz bolehlah berkunjung ke mana-mana outlet Flipper yang terpilih mulai 1 April lalu atau layari laman web www.fipperslipper.com.my.

Untuk maklumat lanjut, boleh juga layari laman sesawang rasmi Fipper atau Soloz. – SM

(Visited 500 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button