Mahkamah

Rumah AS$10 juta milik Rohana perlu dirampas

Pihak berkuasa Malaysia iaitu SPRM harus merampas rumah milik Datuk Rohana Rozhan bernilai AS$10 juta di London kerana ia dibeli menggunakan wang penggubahan wang haram.

Peguam Hanif Khatri Abdullah berkata, tindakan itu wajar diambil kerana ia terang-terangan dinyatakan oleh Tim Lessner dibeli menggunakan duit 1MDB.

”Demi kepentingan rakyat Malaysia harta berkenaan perlu rampas,” katanya.

Rohana bekas CEO Astro dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Lessner dan mengugut akan mendedahkan pembabitan Lessner dalam skandal 1MDB berikutan bekas eksekutif Goldman Sachs itu mahu memutuskan hubungan mereka.

Bagi menutup mulut Rohana sejumlah AS$10 juta telah diberikan kepada wanita itu yang kemudiannya membeli rumah di London.

Dalam pada itu Haniff turut mengucapkan tahniah berikutan SPRM telah membuka siasatan berhubung fakta yang ditimbulkan semasa perbicaraan kes itu di Amerika Syarikat tersebut.

Haniff turut menggesa peguam negara melantik peguam pemerhati berikutan perkembangan terbaharu bagi menjaga kepentingan negara.

(Visited 671 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button