Bencana alamNasional

Tragedi Batang Kali: 24 mangsa meninggal dunia, 9 masih belum ditemui

Susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Father’s Organic Farm, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan setakat pukul 5 petang tadi, mangsa ke-24 telah ditemui.

Sehubungan itu, daripada 94 mangsa, mangsa selamat kekal 61 orang termasuk 7 cedera manakala yang disahkan meninggal dunia adalah 24 orang.

Daripada 24 orang yang terkorban, ia melibatkan 5 kanak-kanak lelaki, 2 kanak-kanak perempuan, 4 lelaki dewasa dan 14 wanita dewasa.

Menurut JBPM buat masa ini, tinggal lagi 9 orang yang belum ditemui dan kerja-kerja SAR diteruskan termasuk dengan bantuan anjing pengesan.

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button