Politik

Guan Eng tidak sensitif kaitkan murtad dengan politik

PARA pemimpin DAP perlu lebih sensitif apabila mengaitkan sesuatu isu dengan agama Islam kerana ia bukan satu perkara yang boleh diperkecilkan.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang seolah-olah menyamakan murtad dengan parti baharu jelas menunjukkan beliau tidak memahami sensitiviti Islam.
“Saya terkejut membaca laporan mengenai Setiausaha Agung DAP YB Lim Guan Eng mempermainkan murtad dengan kenyataan seolah-olah menyamakan murtad dengan menyertai parti baru.
“Murtad bukan satu perkara yang boleh diperkecilkan. Apatah lagi dipermainkan oleh YB Lim sebagai perbandingan politik.
“Para pemimpin DAP perlu lebih sensitif dalam hal sebegini. Jangan pandang remeh urusan agama Islam dan jangan sesekali cuba memberi komen mengenai Islam kerana mereka jelas tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini
Semalam Guan Eng berkata, Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa sebagai kerajaan yang bersih dan berprinsip tidak sepatutnya mempertahankan atau menyokong tindakan melompat parti itu. 

Malah, beliau turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung perkara itu semalam, adalah tidak wajar.

“Dalam Islam pun tidak dibenarkan murtad, jadi kenapa pula dalam politik boleh dibenarkan melompat parti?

“Apa yang disebut Takiyuddin itu memang tidak patut dan jelas melanggar prinsip politik yang dipertahankan pemimpin-pemimpin Pas terdahulu,” kata Guan Eng. – SM

.

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button