Rencana

Perang billboard PRU-15

Perang billboard sempena pilihan raya kali ini memang luar biasa.

Calon Perdana Menteri daripada parti masing-masing sudah disiarkan pada papan-papan iklan di seluruh negara.

Semalam dalam perjalanan menuju ke rumah, aku ternampak billboard poster boy Barisan Nasional berhampiran Plaza Tol Kulai.

Aku terfikir.

“Billboard Ismail Sabri ni takde logo BN ke?”

Lain macam.

Yang ada cuma logo Keluarga Malaysia.

Kalau difikirkan kembali, jenama Keluarga Malaysia ini sudah melepasi sempadan politik.

Keluarga Malaysia bukan sekadar dasar, ia merupakan satu gaya hidup.

Keluarga Malaysia juga tidak bermotifkan partisan. Tidak kira merah, biru, hijau atau apa-apa warna, kita semua Keluarga Malaysia.

Barangkali ini mesej yang cuba disampaikan papan tanda yang terpasak tinggi di depan Myvi aku.

Dalam ketaksuban kita berbalah dek perbezaan ideologi politik, jangan pernah dilupa kita semua berteduh dan mencari rezeki di bawah satu bumbung.

Malaysia.

Semangat kekeluargaan ini yang menghimpunkan pemimpin politik merentas identiti kepartian di bawah satu persefahaman.

Semangat ini yang menyaksikan pelbagai usaha dwi-partisan dijayakan di Parlimen.

Semangat ini yang membawa kita keluar daripada kemelut krisis berkembar kesihatan dan ekonomi.

Apapun yang terjadi pasca 19 November, kita semua masih Keluarga Malaysia.

Terima kasih buat peringatan yang diberi wahai billboard nan tinggi.

Penulis ialah Azman Ibrahim
Pengundi muda/mahasiswa IPTA

(Visited 464 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button