Ekonomi

Tourism Selangor timba ilmu pelancongan komuniti di Bangkok

Bagi mempromosikan Experiential Tourism di negeri Selangor, kerajaan Negeri  telah menganjurkan sebuah lawatan di Bangkok bersama Hos Komuniti Setempat Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Lawatan ini telah dianjurkan oleh Tourism Selangor, iaitu agensi promosi pelancongan rasmi negeri Selangor.

Dengan sokongan daripada Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) serta pejabat Tourism Malaysia di Bangkok, lawatan tersebut telah berlangsung selama enam hari, dari 28 September hingga 3 Oktober 2022.

Lawatan tersebut telah diketuai oleh Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad.

Program ini telah mempamerkan pelbagai siri Pelancongan Berasaskan Komuniti di Bangkok seperti yang disyorkan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand. Ini termasuk Float House River Kwai Resort, Nang Loeng, Hua Takhe dan Pasar Chatuchak.


Menurut Loy Sian, Selangor telah terlibat secara aktif dalam program ini kerana pelancongan berasaskan Komuniti dapat memastikan pemain utama industri pelancongan dan komuniti saling
menyokong antara satu sama lain.

Tourism Selangor telah mengorak sebuah lagi langkah bagi memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan rangkaian dan jalinan antara pelbagai sektor pelancongan.

Enam Pihak Berkuasa Tempatan—Majlis Perbandaran Klang, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Langat, dan Majlis Perbandaran Kajang telah bekerjasama dalam program ini bagi menyokong Hos Komuniti Setempat Selangor.

Usaha ini turut disokong oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Lawatan Pelancongan Berasaskan Komuniti Selangor di Bangkok, diadakan bagi memperbaharui industri pelancongan Selangor serta menambah baik beberapa kawasan tumpuan pelancongan yang ikonik di negeri ini.

Beberapa lokasi tumpuan  pelancongan ini termasuk Kuala Kubu Bharu di Hulu Selangor, Sawah Padi Sekinchan di Sabak Bernam, Kelip-kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor, Bandar Diraja
Klang, Pusat Warisan Kajang serta Perkampungan Budaya Mah Meri di Kuala Langat.

Selangor mempunyai kelebihan daripada segi akses keluar masuknya dan telah membolehkan negeri tersebut menarik lebih 10.2 juta pengunjung bagi tahun 2021.

Ini akan dipertingkatkan lagi dengan pelaksanaan Pelancongan Berasaskan Komuniti di samping memastikan produk Pelancongan Selangor berdaya saing, inovatif dan mengikut trend dan permintaan semasa.

Hubungan dua hala serta beberapa program yang diuruskan bersama dengan negara lain seperti Hos Komuniti Setempat Selangor akan dapat memperhebatkan lagi pelancongan antarabangsa ke negeri Selangor.

Usaha tersebut akan dapat menyumbang secara langsung ke arah kempen Splendid Selangor, Take Me Anywhere!, yang merupakan kempen pemasaran pelancongan global oleh Tourism  Selangor.

Kempen ini bertujuan bagi menjadikan negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara yang berminat.

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button