Alam SekitarBencana alamNasionalpilihan

Zahid arah kaji kawasan perkhemahan berisiko

KAJI KAWASAN RISIKO TANAH RUNTUH

Oleh Zahid Hamidi

Saya ingin zahirkan rasa dukacita atas kejadian tanah runtuh yang menimpa 94 orang mangsa di tapak perkhemahan berdekatan Jalan Batang Kali – Gohtong Jaya. Proses mencari dan menyelamat (SAR) sedang terus dijalankan walaupun keadaan semakin gelap.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 640 pasukan penyelamat & kesihatan yang telah bertungkus-lumus dalam membantu mangsa di tempat kejadian sejak awal pagi tadi.

Saya telah meminta untuk dikaji kawasan-kawasan campsite/peranginan di cerun-cerun, kawasan sungai, atau kawasan yang terdedah kepada risiko tanah runtuh untuk ditutup sementara bagi mengelak kejadian sebegini berlaku lagi.

Akhir sekali, saya ingin ucapkan salam takziah buat keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dan didoakan agar pasukan penyelamat dapat segera menemui mangsa yang masih hilang.

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button