Politik

UMNO 74: UMNO bangkit kerana orang Melayu tidak mahu bangsanya diperkecilkan

KEBANGKITAN semula UMNO selepas kekalahan Pilihan Raya Umum ke-14 kerana ketulusan orang-orang Melayu yang tidak sesekali membiarkan bangsanya diperkecilkan di tanah sendiri.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebangkitan semula itu menyaksikan tidak ada pihak yang berani memecahkan semangat parti yang genap berusi 74 tahun hari ini.

Jelas beliu, sejak penubuhannya, UMNO diuji dengan pelbagai dugaan dengan permulaan cabaran untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah hinggalah pada PRU-14.

Kebangkitan semula UMNO dengan semangat baharu dalam Muafakat Nasional membawa gelombang untuk terus mempertahankan agama dan bangsa.

“Liku kepayahan terus cuba merobek setiap jiwa ahli UMNO termasuklah kekalahan pada PRU 14 dua tahun lalu kerana fitnah yang sebegitu perit dan mencalar jiwa.

“Kebangkitan dan semangat baharu UMNO dalam Muafakat Nasional membawa gelombang Melayu Islam yang besar, untuk terus mempertahankan Raja-Raja Melayu, tulisan Jawi-Melayu, kesucian agama Islam dan kepentingan orang Melayu di tanah tercinta ini disamping menghormati keharmonian dan kepelbagaian kaum,” kata Ismail Sabri.

Jelas beliau, UMNO kini kembali diberi amanah atas izin Allah dan rakyat. Justeru amanah tersebut perlu dijaga dengan menjunjung kehendak rakyat.

“Amanah ini adalah kebertanggungjawaban untuk terus menjunjung aspirasi rakyat yang mahukan perjuangan yang bersih serta tekun, dan perjuangan yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat, keperihan dan air mata rakyat, kesejahteraan dan keselamatan rakyat di negara ini,” kata Ismail Sabri.

Beliau menyeru semua ahli-ahli UMNO yang menjadi tonggak kejayaan parti untuk terus mantapkan perjuangan, keimanan danfalsafah jiwa agar terus istiqamah dalam parti keramat UMNO tersebut.

Ahli-ahli UMNO juga perlu merapatkan saf, mengukukuhkan perpaduan dan menjadi jantung yang berdegup demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air.-SM

(Visited 606 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button