Nasional

Loh berhenti kerja untuk bersama anak

GEORGE TOWN: Ibu tunggal Loh Siew Hong telah berhenti kerja sebagai pembantu chef di sebuah hotel di Genting Highlands untuk lebih dekat dengan tiga anaknya dalam usaha membina semula kehidupan keluarga selepas tiga tahun berpisah.

Ia adalah lapan hari yang sibuk bagi Loh, yang terpaksa menjawab soalan daripada wartawan dan rakyat Malaysia yang murah hati menawarkan diri untuk membantunya dan tiga anaknya yang masih kecil.

Dia, anak kembarnya, 14, dan anak lelaki, 10, disatukan semula bulan lalu selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan mendapatkan semula hak penjagaan anak-anak itu.

Mereka telah berpisah sejak 2019, apabila Loh tinggal di pusat perlindungan kerajaan untuk mangsa penderaan rumah tangga. Dalam tahun-tahun mereka berpisah, anak-anak itu telah diislamkan oleh bapa mereka tanpa kebenaran Loh dan dijaga oleh sebuah NGO di Pulau Pinang.

Dia memberitahu dia berhenti kerja kerana kebimbangannya terhadap masa depan dan keselamatan anak-anak.

“Saya tidak akan dapat bekerja dengan aman, mengetahui anak-anak saya jauh dari saya,” katanya.

“Saya akan cuba membuka gerai makanan berhampiran tempat tinggal saya atau, lebih baik lagi, memulakan perniagaan trak makanan. Ia fleksibel dan saya boleh memantau dengan lebih dekat anak-anak saya.”

Beliau berkata sebuah parti politik telah menawarkannya peluang untuk membuka gerai di kantin kolej di Hulu Kelang, Selangor, tetapi dia bimbang tentang daya maju kedai di situ.

“Saya merasakan bahawa trak makanan adalah lebih baik kerana saya akan dapat menjual makanan di kawasan yang berbeza,” katanya. “Beberapa orang yang menawarkan diri untuk membantu saya berkata mereka akan cuba mendapatkan saya trak makanan.”

Loh berkata, dia bersyukur kerana ramai orang menawarkan diri untuk membantunya membina semula keluarganya.

Antara yang membantunya ialah pengasas Yayasan Chow Kit Hartini Zainuddin, yang telah memulakan kutipan derma dalam talian. Sejak Ahad, RM15,850 telah dikumpul.

Selain mengumpul dana, Hartini telah mengaturkan sukarelawan untuk memberi tunjuk ajar kepada ketiga-tiga kanak-kanak itu bagi membantu mereka mengejar pelajaran.

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button