Nasionalpilihan

Padah sambut hari jadi di pusat hiburan, 73 individu dikompaun RM5,000 seorang

SEBANYAK 73 individu yang sedang leka berhibur dalam satu majlis sambutan hari jadi yang diadakan di sebuah pusat hiburan tercengang selepas diserbu pihak berkuasa tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

“Hasil dari serbuan tersebut, kita telah  menangkap seorang lelaki (pengurus premis) serta enam wanita warganegara asing yang disyaki pelayan pelanggan (GRO).

“Seramai 73 orang pengunjung yang terdiri daripada 53 lelaki dan 20 wanita, kesemuanya berusia lingkungan 20 hingga 37 tahun juga dikenakan kompaun sebanyak RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Saiful Annuar, pengurus premis dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 dan ditahan reman selama sehari.

Tambahnya, kesemua wanita warga asing juga ditahan reman selama 14 hari. -SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button