Politik

Ramai kecewa Jamawi bertanding di DUN Melalap?

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar dipilih UMNO untuk kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Namun, beliau tidak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) lamanya, Kemabong.

Sebaliknya, beliau dipilih sebagai calon tambahan daripada UMNO Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di DUN Melalap.

Justeru, dipercayai ramai menyatakan kekecewaan terhadap keputusan pencalonan Jamawi di sana selepas 27 bulan bersama masyarakat Kemabong.

“Ramai yang menghubungi saya menyatakan kekecewaan. Sangat sebak dan sedih saya membaca luahan hati dan perasaan mereka semua.

“Maaf juga saya tidak dapat membalas satu persatu khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi Whatapps yang dikirimkan.

“Apapun inilah politik. Tiada yang kekal. Insya-Allah, saya tidak akan berhenti membantu masyarakat Kemabong walau di manapun saya berada.

“Saya sangat sayangkan masyarakat Kemabong. Saya sangat rindu kamu semua.

“Khabarkan kepada saudara mara, sahabat, kenalan dan rakan taulan anda semua di DUN Melalap untuk bantu dan undi saya.

“Saya juga amat mengharapkan anda semua memberikan sokongan dan undi kepada sahabat saya Datuk Raimi Unggi, calon BN N43 Kemabong pada 26 September ini.”

Demikian kata Jamawi seperti dipetik laporan MalaysiaGazette semalam.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Jamawi antara empat calon UMNO tidak diumumkan bertanding pada pengumuman yang dibuat Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ketika itu, Bung Moktar mengumumkan 31 senarai calon daripada UMNO yang akan bertanding menggunakan tiket BN.

Bagi DUN Kemabong, Datuk Raime Unggi dipilih sebagai calon menggantikan Jamawi sebagai penyandang yang melompat parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Datuk Raime mengambil alih menyelia DUN Kemabong susulan Jamawi menyertai Warisan.

Bagaimanapun, Badan Perhubungan UMNO Sabah semalam menambah calon bagi PRN, dengan meletakkan Jamawi bertanding di Melalap.

Walaupun bertukar kawasan, Jamawi juga dilihat akur dengan keputusan tersebut dan berharap rakyat di Melalap dapat memberikan sokongan kepadanya.

Ini kerana, pencalonan Jamawi di sana adalah pertandingan di kampungnya sendiri.

“Saya yakin saya boleh membuatkan sesuatu yang lebih baik untuk DUN Melalap kelak. Yakinlah kepada saya.

“Saya akan bekerja dan berkhidmat untuk anda semua. Saya akan buktikan. Bantu saya ya,” ujarnya.

Di Melalap, Jamawi dijangka akan bertanding empat penjuru menentang Datuk Peter Anthony dari UPKO yang bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau juga akan menentang calon daripada USNO, Sazali Justi dan juga seorang calon daripada Parti Cinta Sabah. – SM

(Visited 524 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button