Nasional

KFA adakan mesyarat khas berhubung rasuah RM6 juta

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu rasuah yang RM6 juta yang dikaitkan dengan persatuan berkenaan.

Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup serta Belia dan Sukan Negeri, Muhamad Radhi Mat Din berkata, mesyuarat itu bagi mengesahkan penahanan seorang pegawai tinggi KFA bersama tiga individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat.
Katanya,  kes rasuah itu amat mengejutkannya kerana melibatkan individu yang paling ‘bekerja’ dalam persatuan terbabit.
Menurut Radhi, mesyuarat berkenaan perlu diadakan untuk mendapat pencerahan dengan lebih terperinci tentang rasuah yang melibatkan jumlah lebih RM6 juta.
“Tapi kita tidak tahu apa di sebalik itu dan kita kena tunggu dahulu laporan berkaitannya.
“Disebabkan itu kita perlu bagi masa untuk proses berkaitan berjalan dan lihat pertuduhan itu datang dari mana,” katanya  ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri di Kompleks Belia dan Sukan Kedah di Alor Setar pada Sabtu. – SM
(Visited 45 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button