Politik

Tony, Guan Eng, cubaan tutup skandal terowong – Najib

TONY Pua didakwa sengaja mereka cerita mengenai siasatan skandal rasuah terowong dengan mengatakan kes tersebut ditutup dan sengaja dibuka semula oleh UMNO.

Malah beliau dikatakan cuba menuduh UMNO sengaja membuka semula kes tersebut sebagai syarat untuk memasuki Perikatan Nasional (PN).

Tindakan tersebut dilihat seolah-olah mengheret UMNO sebagai cuba mempengaruhi pihak yang sedang melakukan siasatan.

“Tony Pua tuduh antara syarat UMNO sertai PN ialah supaya kes terowong dibuka semula.

“Kerana Tony dakwa kes sudah ditutup SPRM pada bulan November 2018 (masa Tommy Thomas bermaharajalela).”

BACA > Kerajaan luluskan permohonan Sarawak hadkan jarak perjalanan – Suara Merdeka

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Facebooknya membidas kenyataan Tony Pua dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan portal Malaysiakini hari ini.

Dalam kenyataan Ahli Parlimen Damansara itu, beliau dikatakan seperti menuduh dengan mengatakan terdapat cubaan membesar-besarkan kes skandal terowong seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tambah Najib, bagaimanapun, kes tersebut sebenarnya seperti ditutup pihak tertentu menyebabkan siasatan tidak diteruskan.

Menurut beliau, pada asalnya, kes tersebut sudahpun mula disiasat sejak 2017.

Namun tidak sempat diteruskan kerana kerajaan bertukar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Hasil dari siasatan bagi kertas pertama bulan Julai 2017, lima lagi kertas siasatan baru dibuka pada bulan Januari 2018.

BACA > Kuarantin wajib: Warga asing bayar penuh, rakyat tempatan 44% – Suara Merdeka

“Namun kesemua siasatan tak sempat siap sebelum PRU14.

“Setelah PRU14, kertas-kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara di bawah Tommy Thomas,” jelasnya.

Menurut Najib lagi, selepas PRU-14 siasatan tidak dijalankan apabila tiada tindakan lanjut dari Pejabat Peguam Negara yang ketika itu dipegang Tan Sri Tommy Thomas.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157239963585952/?type=3&theater

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertukar selepas kenyataan mengenai siasatan terowong dikeluarkan.

“Ada yang dihantar balik kepada SPRM untuk siasatan tambahan dan ada kertas siasatan.

“Tersangkut di Pejabat Peguam Negara tanpa apa-apa tindakan lanjut.

“Setelah SPRM keluarkan kenyataan berhubung siasatan terowong mereka pada bulan Mac 2019.

“…ketua pesuruhjaya SPRM diganti dengan lantikan politik Latheefa Koya dari parti PH pada bulan Jun 2019,” katanya.

Jelas Najib, sejak Latheefa Koya mengetuai SPRM, kes tersebut senyap dan membidas sesiapa yang bertanya mengenainya.

BACA > Najib, isteri periksa barangan disita polis – Suara Merdeka

“Pada bulan September 2019, Latheefa membidas mereka yang bertanya tentang skandal terowong.

“Latheefa sendiri kata dia tak boleh dedahkan apa-apa kerana siasatan MASIH aktif berjalan,” katanya.

Justeru beliau menempelak semula bekas pegawai kepada Guan Eng ketika di Kementerian Kewangan itu yang mendakwa kes tersebut ditutup SPRM.

“Sebab itu, tang mana kes terowong ditutup pada November 2018 seperti ditipu Tony?

“SPRM bawah kerajaan PH keluarkan ‘fake news’ pada Mac 2019 dan Latheefa Koya bohong pada Sep 2019 ke?” soal Najib.

Terdahulu Suara Merdeka melaporkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dipanggil SPRM berhubung skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Terowong dasar laut sepajang 7.2 kilometer dan bernilai RM6.3 bilion itu dikenalpasti terdapat elemen rasuah.

BACA > Guan Eng tiba di pejabat SPRM — Suara Merdeka

Tuduhan sedemikian selepas wujud pertikaian terhadap projek tersebut apabila kos dibelanjakan sebanyak RM6 bilion untuk peringkat kajian sahaja. – SM

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button