Hiburan

Tony Eusoff Pilih Berdiam Diri Isu Video Tular, “Saya Serah Kepada Kalian”

PELAKON berprofil tinggi, Tony Eusoff akhirnya tampil mengulas isu video lucah berdurasi lapan minit yang tular di media sosial dan didakwa melibatkan dirinya.

Memetik dari Oh Bulan, Bagaimanapun, Tony memilih untuk tidak mengesahkan mahupun menafikan dakwaan tersebut secara langsung.

“Saya serahkan kepada kalian untuk percaya atau tidak,” ujarnya ringkas dalam kenyataan kepada media, menunjukkan pendirian untuk tidak memanjangkan lagi perkara yang telah menjadi bualan ramai itu.

Menurut Tony, ini bukan kali pertama dia berdepan dakwaan sebegitu, dan beliau tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video tersebut.

“Saya tak mahu bazirkan tenaga dan masa ke arah perkara yang tak penting. Fokus saya sekarang adalah kerja dan ibu saya yang kini berusia 78 tahun,” katanya lagi.

Tambahnya, rakan-rakan terdekat termasuk bekas kekasih turut menafikan individu dalam video tersebut adalah dirinya, malah menyifatkan penyebaran itu sebagai satu cubaan menjatuhkan reputasi.

Mengulas mengenai kesan terhadap kerjayanya, Tony dengan tenang menyatakan bahawa isu tersebut langsung tidak menggugat kedudukannya dalam industri seni tanah air.

“Saya rasa bersyukur kerana masih lagi diberi peluang dalam bidang ini. Saya percaya peminat dan pihak produksi cukup matang untuk menilai,” jelasnya.

Dalam dunia digital masa kini, isu penyebaran maklumat palsu dan video tular bukanlah sesuatu yang luar biasa. Namun sebagai masyarakat, penting untuk kita lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan tanpa bukti yang sahih.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button