Luar Negara

Pemilik suara Doraemon meninggal dunia

DORAEMON adalah antara animasi Jepun yang bermula pada tahun 1969 dan masih kekal relevan dan menjadi tontonan hingga kini.

Bagaimanapun, ada khabar menyedihkan bagi peminat animasi tersebut apabila pelakon suara asal bagi watak Doraemon, Tomita Kosei telah meninggal dunia.

Berita kematian itu disahkan oleh agensi pengurusannya seperti yang dilaporkan oleh portal Channel News Asia.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia akibat strok dan menghembuskan nafas terakhirnya pada 27 September lalu.

“Tomita Kosei (usia kematian 84 tahun) telah meninggal dunia pada 27 September 2020 akibat strok. Kami berharap anda dapat mendoakan yan baik-baik,” kata pihak pengurusannya.

Mendiang Kosei telah menjadi suara latar bagi watak Doraemon sejak 1973.

Suaranya kemudian telah digantikan dengan pelakon, Masako Nozawa yang sekaligus menimbulkan rasa kurang senang melibatkan peminat animasi Jepun itu.

Selain Doraemon, Kosei juga telah menjadi suara latar kepada beberapa lagi siri animasi yang popular seperti Detective Conan dan Astro Boy.

Tidak terhad kepada animasi Jepun sahaja, Kosei turut menjadi suara latar dalam filem animasi Hollywood iaitu Kung Fu Panda dan While You Were Sleeping khusus untuk tontonan masyarakat Jepun. -SM

(Visited 892 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button