Nasional

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara

TAN Sri Tommy Thomas telah meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara.

Menurut The Edge, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Interim Tun Dr. Mahathir yang telah melantik beliau pada Jun 2018.

Kontrak Tommy selama dua tahun sepatutnya tamat pada Jun ini.

Tommy yang dilantik pada 2018 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan merupakan orang yang bertanggungjawab membawa skandal 1Malaysia Development (1MDB) ke muka pangadilan,

Namun dengan peletakan jawatan oleh Tommy itu, tidak jelas apa akan berlaku kepada kes tersebut, terutama apabila Dr. Mahathir juga tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Selain kes 1MDB, Tommy juga dikritik hebat ekoran menghentikan prosidin terhadap 12 individu yang didakwa menyokong LTTE.

Mereka termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaren akan dibebaskan selepas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas membuat keputusan untuk menghentikan prosiding terhadap mereka.

Dalam kenyataan media 11 muka surat, Thomas memutuskan tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.

Tommy juga pernah mempunyai hubungan rapat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan pernah menjadi peguam kepada Chin Peng dan PKM.

Pendiriannya yang mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng ditanam di kawasan Malaysia telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Malahan kenyataannya yang mengiktiraf Chin Peng sebagai ‘one of the great liberation fighters’ dan ‘a major contributor to Merdeka’  turut mencetuskan kontroversi. – SM

 

 

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button