Politik

Senator Ti saran kerajaan Madani juarai kongres ekonomi rakyat

*HENTIKAN PENYELEWENGAN KUASA, TOPIK SAYA!*
*Hentikan Kongres Bumiputra oleh NGO Bukan Kenyataan Saya.*

1. Pengamal sosial media Raja Petra dalam Malaysia Today telah meramal secara betul bahawa kenyataan saya yang jelas akan diputar-belitkan kepada penafian dan cabaran terhadap agenda bumiputera.

2. Katanya, “Ti’s assertions will probably be taken out of context, especially on social media, and used as further proof that the Malays are under attack from ungrateful and overly demanding non-Bumiputera.”https://www.malaysia-today.net/2023/12/08/ex-mca-veep-make-next-years-bumiputera-economic-congress-the-last-for-its-a-platform-for-graft-self-enrichment/

3. Ini sudahpun berlaku dan “spin” atau “putting words into my mouth” adalah gejala yang tidaklah sihat untuk memupuk semangat perbincangan secara “madani” dalam era kerajaan madani ini.

4. ⁠Kenyataan saya adalah jelas seperti di bawah : *(i)Saya bukan hendak menidakkan hak orang Melayu ataupun berniat mempersoalkan perlaksanaan Kongres Bumiputera ini tetapi apa yang cuba saya sampaikan ialah sudah tiba masanya Kongres Bumiputera ini tidak lagi ditunggang demi meraih political brownie points atau dijadikan platform kesempatan oleh sesetengah pihak yang opportunis.”*

*(ii)”Saya berharap Kerajaan Madani mampu untuk mengubah stigma terhadap Kongres Bumiputera ini dan benar-benar menganjurkan kongres yang menguntungkan rakyat dan negara dengan rangka jangka masa panjang dan berupaya membawa kemajuan yang kekal kepada keseluruhan rakyat dan Melayu dan bukannya keuntungan sementara kepada beberapa lapisan atasan masyarakat Melayu dengan memperkudakan agenda Melayu.”*

5. Kenyataan saya adalah bersasar kepada kegagalan Kongress Ekonomi Bumiputera untuk meningkatkan kedudukan ekonomi bumiputera setelah berpuluh tahun kongress ini diadakan disebabkan budaya rasuah dan salahguna kuasa. Penekanan saya adalah pada memerangi rasuah. Saya juga menyarankan kerajaan madani supaya mara ke hadapan dengan menerajui kongress ekonomi merangkumi semua di Malaysia supaya ekonomi negara dapat dipertingkatan demi untuk menyelesaikan masalah ekonomi secara menyeluruh dengan melibatkan semua.

6. Kenyataan saya diatas adalah berlandaskan dua petikan dari mantan Perdana Menteri ke4 dan ke7 Tun Dr.Mahathir dan bekas duta negara Dennis Ignatius yang saya bacakan dalam Dewan Negara.

7. Sekali lagi saya ingin membetulkan semua kenyataan yang berbau perkauman dan penghasutan terhadap saya bahawa saya membantah “Kongres Melayu”.

8. ⁠Ini adalah kenyataan orang lain, bukan kenyataan saya. Kongres Bumiputera, Cina dan India yang diadakan oleh NGO bebas diteruskan tetapi jangan pulak Kementerian Ekonomi atau Kerajaan Madani digunakan untuk menggembelingkan masa, tenaga dan sumber kerajaan untuk mengadakan kongress satu kelompok kerana tugas kerajaan seharusnya menjaga kepentingan semua lapisan ekonomi merangkumi keseluruhan negara .

9. Kenyataan menghentikan kongress Bumiputra oleh NGO adalah kenyataan dan laporan yang salah dan bukanlah kenyataan dari saya.

10. Saya cuma menekankan kerajaan Madani supaya membantu menghentikan stigma kegagalan kongres Bumiputra dan dapat membantu mengubah nasib Kongres Bumiputra yang kononnya dikatakan gagal. Saya menyarankan kerajaan supaya menganjur kongres yang boleh benar-benar menguntungkan semua rakyat dan Melayu.

11. Masalah ekonomi tidak akan selesai sekiranya kerajaan dan kementerian ekonomi yang sepatutnya menjaga rakyat dan negara serta keseluruhan ekonomi cuma menumpukan perhatian pada satu komuniti secara eklusif dan tidak interaktif.

12. Amalan rasuah telah menggagalkan agenda membantu Melayu dan negara, lebih-lebih lagi apabila “peruntukan yang besar” diperuntukan tetapi lesap atau disalurkan kepada golongan dan lapisan tertentu.

13. Biarlah isu-isu komuniti dan kongress ekonomi komuniti diteruskan oleh NGO-NGO tetapi kerajaan seharusnya mara ke hadapan untuk menganjurkan kongress ekonomi negara secara inklusif demi semua dan Melayu.

14. Langkah ini barulah boleh menyakinkan pelabur dan ekonomi negara supaya kita boleh mara ke hadapan apabila pelabur-pelabur asing berkeyakinan terhadap ekonomi negara.

15. Inilah dasar-dasar jitu yang pernah dilaksanakan semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri ke6, Dato Seri Najib Razak. Perlaksanaan dasar-dasar yang baik pada masa itu telah meningkatkan nilai mata wang Ringgit , menambah pelaburan dari luar negara dan juga nilai pasaran bursa saham di Malaysia.

Senator Dato Seri Ti Lian Ker.
11hb Disember 2023.

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button