Luar Negara

Tom Holland kentut depan Zendaya semasa aksi Spider-Man

HERO filem Spider-Man: No Way Home, Tom Holland berkongsi satu kisah lucu yang berlaku semasa penggambaran filem itu.

Dia mengakui secara tidak sengaja terkentut di hadapan pelakon gandingan dalam filem itu iaitu Zendaya.

Katanya, perkara itu berlaku kerana kostum yang dipakainya terlalu ketat.

“Ya, saya terkentut di hadapan Zendaya.

“Kostum yang saya pakai terlalu ketat sehingga menekan perut saya, dan tali-tali yang diikat pada badan saya juga merimaskan saya,” katanya.

Insiden itu berlaku semasa babak aksi yang memerlukan Tom Holland, Zendaya dan Jacob Batalon untuk berayun di udara dengan gaya Spider-Man.

Gara-gara insiden itu, Tom Holland segera memohon maaf kerana tidak sengaja melepaskan angin di hadapan orang ramai di set penggambaran.

“Saya terus cakap, maaf tentang itu, salah saya,” ujarnya.

Selain Tom Holland, filem Spider-Man: No Way Home turut dibintangi oleh Zendaya sebagai MJ dan Jacob Batalon sebagai Ned Leeds dan Marisa Tomei sebagai Aunt May.

Filem ini akan mula menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 16 Disember. – SM

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button